Kelas Microsoft Publisher: Tatacara Membuat Penghias Muka Majalah

21 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat penghias muka majalah.

Peserta diberi maklumat juga kegunaan sebenar Microsoft Publisher dalam kehidupan seharian Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dari awal kelas sehingga beliau mahir menyediakan dan menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan tanpa pengawasan atau bimbingan sepenuhnya daripada pengajar. Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara membuat penghias muka majalah. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri supaya beliau dapat mencipta pelbagai jenis hiasan muka majalah mengikut citarasa dan keperluan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali