Spring Airlines China lancar penerbangan KLIA-Naning

22 November 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Spring Airlines, syarikat penerbangan persendirian dari China melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Naning, China.Penerbangan yang bermula 21 November 2022 itu akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari negara itu ke Malaysia serta mempermudahkan pelancong negara ke Naning.

Pengurus Besar Asia Tenggara Spring Airlines, Yu Jaili, berkata pihaknya berbesar hati dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama serantau ke Naning, China.Beliau berkata, Spring Airlines adalah anak syarikat kepada Spring International yang terbabit dalam industri pelancongan utama China. Katanya, Spring International telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC) bagi menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri.

Malaysia adalah destinasi utama kepada pelancong China.Kehadiran Spring Airlines di Malaysia bukan saja dapat membawa lebih banyak pelancong kedua hala tetapi mempergiatkan lagi aktiviti pelancong. Turut hadir Pengarah China Cultural Centre, Zhang Jiexin; Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Penerbangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohamed Sallauddin Mohamed Shah dan Timbalan Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa Asia Afrika MAHB, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim. Spring Airlines berpangkalan di Shanghai dan mempunyai operasi domestik di Hongqiao, Pudong, Shijiazhuang, Shenzhen, Yangzhou, Ningbo dan Jieyang.Syarikat penerbangan itu juga ketika ini mempunyai oeprasi di Tokyo, Osaka, Bangkok dan Jeju.Jaili berkata, Spring Airlines telah menyediakan operasi yang selamat dan lancar, dan adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memulakan perniagaannya tanpa menyertainya Sistem tempahan TravelSky atau menggunakan ejen tiket untuk menjual tiket.

Beliau berkata, syarikat itu sebaliknya menggunakan kaedah jualan perniagaan ke pelanggan (B2C) dalam talian dan jualan mudah alih langsung sebagai saluran jualan utamanya. Spring Airlines juga katanya adalah syarikat penerbangan persendirian pertama China memperoleh anugerah keselamatan tertinggi CAAC.Katanya, armada Spring Airlines ketika ini adalah sebanyak 117 pesawat dan mempunyai lebih 130 destinasi laluan penerbangan domestik seperti Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Xiamen, Sanya, Shenyang, Harbin, Dalian, Qingdao, Shijiazhuang, Chongqing, Xi'an, Urumqi, dan Hohhot. Bagi peringkat antarabangsa pula, Spring mempunyai lebih daripada 113 laluan antarabangsa dan Asia.Spring Airlines menawarkan sejumlah besar sambungan dari Shanghai dan bandar lain di China ke destinasi popular di Jepun termasuk Tokyo, Osaka, Sapporo, Nagoya, Takamatsu dan Saga; destinasi di Korea Selatan termasuk Seoul dan Jeju.Ketika ini terdapat juga peningkatan bilangan penerbangan berjadual ke destinasi di Asia Tenggara termasuk Singapura, Phnom Penh dan Siem Reap di Kemboja, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur di Malaysia, serta penerbangan ke Bangkok, Phuket, Krabi, Chiang Mai dan Surat Thani di Thailand.

Jaili berkata, rangkaian Spring Airlines turut menawarkan penerbangan ke Hong Kong, Macau, Taipei dan Kaohsiung di Taiwan.Beliau berkata, gabungan produk dan perkhidmatan terpilih, daripada perkhidmatan asas kepada perkhidmatan penuh, menjadikan perjalanan dengan Spring Airlines satu pengalaman yang unik. Sejak awal operasi, Spring Airlines katanya telah mengekalkan purata keseluruhan faktor muatan penumpang sekitar 95 peratus serta menawarkan tambang 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran laluan yang sama.Walaupun berdepan perkembangan pesat, matlamat Spring Airlines kekal mudah iaitu menawarkan perjalanan yang selamat, menepati masa, kos efektif, diperibadikan dan mesra untuk semua.

Sumber: Berita Harian Online, 21/11/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali