Kelas Tusyen Matematik Darjah 5

9 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas tusyen Matematik Darjah 5 telah mula diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pasir Pandak. Ia merupakan kelas pertama diadakan di sini pada 8 April 2022. Kelas tersebut dihadiri oleh seorang (1) pelajar sahaja yang merupakan salah seorang komuniti di Kg Pasir Pandak. Kelas ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kg Pasir Pandak yang juga merupakan guru bimbingan dalam matapelajaran tersebut. Kelas tusyen Matematik Darjah 5 ini ialah salah sebuah aktiviti komuniti dan inisiatif PEDi Kg Pasir Pandak bagi membantu para pelajar Darjah 5 yang mempunyai masalah dalam matapelajaran tersebut. Kelas tusyen ini dijalankan pada seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat dari jam 2.30 petang-4.30 petang. Kekerapan kelas akan ditambah jika terdapat permintaan yang lebih ramai dalam kalangan pelajar yang tinggal bukan sahaja dalam kawasan Kg Pasir Pandak sendiri malahan di sekitar kawasan yang berdekatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali