Kelas Microsoft Word Individu: Pengenalan Kepada Microsoft Word (Asas-Asas Menaip)
9 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 1000AM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai asas-asas menaip dalam aplikasi Microsoft Word.
Peserta diajar dengan asas mudah iaitu tatacara membesarkan saiz, kedudukan dan pemilihan font yang bersesuaian dalam penyediaan sesuatu dokumen yang diperlukan. Peserta juga diajar untuk menaip sesuatu huruf dengan cepat tanpa kerap melihat pada papan kunci komputer. Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat memahirkan diri dalam asas-asas menaip ini. Peserta boleh menyediakan sendiri segala dokumen yang diperlukan pada bila-bila masa di mana-mana sahaja yang bersesuaian. Peserta dialu-alukan untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak pada bila-bila masa sekiranya memerlukan bantuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: