VTL Pulau Pinang-Singapura bermula 16 Mac

4 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata inisiatif VTL ini akan membolehkan pengembara yang lengkap divaksinasi berkunjung ke Pulau Pinang dan Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program ini, malah mereka tidak dikenakan kuarantin ketika ketibaan.

Beliau berkata inisiatif VTL ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perhubungan udara antara kedua negara jiran dengan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan komersial khususnya bagi memajukan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.VTL pertama yang dimulakan di laluan Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November tahun lalu memberi perkhidmatan kepada 82,906 penumpang yang tiba dari Singapura setakat 28 Februari lalu.

Ka Siong berkata, pelaksanaan VTL antara Pulau Pinang dan Singapura ini bermula dengan empat penerbangan sehari membabitkan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di kedua-dua negara.Penjualan tiket penerbangan VTL bermula secepat mungkin dan maklumat lanjut mengenai pra-pelepasan dan syarat kemasukan ke Malaysia boleh diakses di www.imi.gov.my.Butiran berkenaan keperluan bagi VTL ke Singapura boleh didapati di safetravel

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, ketika melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas awal minggu ini, berkata lapangan terbang itu sudah menyediakan semua persiapan bagi pelancaran VTL Pulau Pinang-Singapura.Beliau berkata, Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) juga sudah menjalankan perancangan diperlukan bagi memastikan kelancaran penerbangan antara Pulau Pinang ke Singapura.

Sumber: Berita Harian Online, 04/03/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali