Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Penyediaan Sebut Harga

10 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1100AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan sebut harga yang ringkas dengan format betul dan mudah untuk difahami.

Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan sebut harga berdasarkan soalan tugasan atau soalan amali yang diberikan. Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat menguruskan dan memahirkan diri dengan baik dengan menyediakan sebut harga yang ringkas dan mudah untuk difahami apabila diperlukan pada masa akan datang. Ini penting khasnya perusahaan atau perniagaan yang terlibat dalam penyediaan perbekalan dalam kuantiti yang sederhana mahupun besar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali