Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Penyediaan Baucar Pembayaran
11 April 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1100AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan baucar pembayaran yang ringkas dengan format yang betul dan mudah untuk difahami. Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan baucar pembayaran berdasarkan soalan tugasan atau soalan amali yang diberikan. Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat menguruskan dan memahirkan diri dengan baik dengan menyediakan baucar pembayaran yang ringkas dan mudah untuk difahami apabila diperlukan pada masa akan datang. Ini penting kerana ia boleh dijadikan atau berfungsi sebagai pengganti kepada slip gaji dan juga bukti pembayaran yang telah dilakukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: