Kelas ICT Individu: Tatacara Memuat Turun Aplikasi Mesin Pencetak Dan Menyambung Ke Komputer Riba

7 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Tabika KEMAS Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 1000AM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara memuat turun aplikasi mesin pencetak dan menyambung ke komputer riba beliau dengan mudah dan cepat. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya untuk melakukan perkara tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai mengenai tatacara memuat turun aplikasi mesin pencetak dan menyambung ke komputer riba beliau dengan mudah dan cepat. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana apabila beliau ingin mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang, beliau dapat mempraktikkan ilmu yang telah diberikan kepadanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali