Kelas Website Individu: Tatacara Mengisi Jawatan Kosong Dengan Menggunakan Google Form

7 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 300PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mengisi jawatan kosong yang diiklankan oleh salah sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan menggunakan platform Google Form.Peserta dibimbing dari awal kelas sehingga tamatnya pengisian jawatan kosong tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai mengenai tatacara mengisi jawatan kosong yang diiklankan oleh SEDC dengan menggunakan platform Google Form. Ini merupakan inisiatif terbaharu dan terkini yang digunakan bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak dan medium atau platform yang digunakan ini adalah mesra pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali