Thailand wajibkan semula pengembara asing tunjuk bukti sudah divaksin
10 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Thailand akan mewajibkan pengembara antarabangsa menunjukkan bukti mereka divaksin COVID-19 sepenuhnya sebelum terbang ke Thailand, sebagai persediaan menerima lebih ramai pelancong terutama dari China yang sudah buka semula sempadannya semalam.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) dalam satu kenyataan berkata, bermula hari ini, semua ketibaan asing diwajibkan membuktikan mereka sudah divaksin atau memberikan surat yang mengesahkan bahawa mereka sudah pulih daripada COVID-19 dalam tempoh enam bulan.
Pengembara yang tidak divaksin mesti menunjukkan sijil perubatan yang menjelaskan sebab mereka tidak menerima vaksin.
CAAT berkata, syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk menyemak dokumen sebelum penumpang naik dan mengeluarkan senarai jumlah dos yang diperlukan untuk pelbagai jenis vaksin COVID-19 di laman webnya.
Agensi itu juga berkata, langkah baru itu akan kekal berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga akhir bulan ini.
Sejak Oktober lalu, keperluan vaksinasi sudah dibatalkan oleh Thailand tetapi dilaksanakan semula apabila China membuka semula sempadannya berikutan pelonggaran dasar sifar COVID-19.
Jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata, penerbangan komersial pertama dari China ke Thailand iaitu penerbangan Xiamen Airlines MF833, akan tiba ke Bangkok dari Xiamen hari ini dengan membawa 286 penumpang.
Kementerian Kesihatan pula berkata, warga asing yang melancong ke Thailand dari negara di mana keputusan ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi terbalik negatif (RT-PCR) adalah syarat kemasukan diperlukan untuk menunjukkan bukti insurans kesihatan yang meliputi rawatan COVID-19.
Syarat kemasukan baharu itu bagaimanapun tidak terpakai kepada pemegang pasport Thailand atau penumpang yang transit melalui Thailand.
Sumber: Berita Harian Online, 9/1/2023.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: