Kelas Website Individu: Tatacara Menaip Dokumen Dalam Bentuk PDF Dengan Menggunakan Aplikasi I Love PDF
7 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Tabika KEMAS Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 300PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara menaip dokumen dalam bentuk PDF dengan menggunakan aplikasi I Love PDF.Platform ini merupakan satu aplikasi yang mesra pengguna bagi memudahkan pengguna untuk pelbagai penggunaan seperti edit dan sebagainya. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya untuk melakukan perkara tersebut.
Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara menaip dokumen dalam bentuk PDF menggunakan dengan aplikasi I Love PDF dengan mudah dan cepat.. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana apabila beliau ingin mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang, beliau dapat mempraktikkan ilmu yang telah diberikan kepadanya. Peserta boleh menggunakan aplikasi atau platform tersebut pada bila-bila masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: