KWSP kaji kaedah caruman Akaun 2 jadi cagaran pinjaman peribadi

10 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai cagaran untuk membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.

KWSP dalam kenyataan menyebut pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai kemudahan berkenaan.

Anwar ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang 'terdesak' untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pihaknya menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP.

Sumber: Berita Harian Online , 10/3/2023.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali