MYAirline mula penerbangan sulung Kuala Lumpur-Sibu

19 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) memulakan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Sibu pada 18 Januari 2023 bagi laluan baharu ke Sarawak.Penerbangan pertama pada jam 12.45 tengah hari itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) membawa 180 penumpang dan mendarat di Lapangan Terbang Sibu, jam 2.45 petang.

Penerbangan itu turut disertai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo.

Khairul Firdaus, berkata dengan dua penerbangan baharu Kuala Lumpur ke Sibu dua kali sehari, ia cukup bertepatan dengan ketibaan perayaan Tahun Baharu Cina. Beliau memberitahu kepada media bahawa beliau dapat merasakan semangat luar biasa MYAirline memenuhi permintaan pengguna walaupun ia syarikat terbang murah, tetapi perkhidmatan yang diberi terbaik.

Beliau percaya dengan keadaan dan perkhidmatan yang diberi, akan memberi kepuasan kepada warga Sibu, serta rakyat negara ini untuk merasai pengalaman mengunjungi Sarawak.

Sementara itu, Rayner berkata, dengan destinasi kedua MYAirline di Sarawak selepas Sibu, laluan baharu itu akan menyediakan ketersambungan yang lebih besar antara Malaysia Timur dan Barat selain menawarkan kebudayaan di Sibu.

Kata beliau lagi, pihaknya komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan bersempena itu, orang ramai boleh merebut tawaran Sarawak Super Sale yang berlangsung pada 18 dan 19 Januari 2023. Ini memberikan tawaran perjalanan untuk tempoh bermula 18 Januari hingga 31 Julai depan dengan harga serendah RM59 dengan percuma 15 kilogram bagasi dan pemilihan tempat duduk.Tawaran terhad ini hanya untuk destinasi Kuching, Sibu dan Miri.

Kuching adalah destinasi pertama Sarawak bagi penerbangan MYAirline yang bermula 1 Disember lalu.

Sumber: Berita Harian Online, 18/1/2023.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali