Kelas Website Mengemaskini Maklumat Data Sumbangan Tunai Rahmah

18 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 1400PM serta tamat pada pukul 1500PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mengemaskini maklumat data peribadi peserta untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang dimaklumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dan permohonan tersebut pada kebiasaannya perlu dikemaskini setiap tahun jika peserta pernah menerima bantuan sebelum ini bagi mengelakkan perkara sulit berlaku.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai mengemaskini maklumat data peribadi peserta untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah.Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri kerana apabila beliau ingin mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang, beliau dapat mempraktikkan ilmu yang telah diberikan kepadanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali