Kelas Website Tabung Baitumal Sarawak Cara Bayar Fidyah Atas Talian

18 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Kg Pasir Pandak. Kelas ini bermula pada pukul 1500PM serta tamat pada pukul 1600PM.

Tujuan kelas ini membantu dan mengajar peserta cara membayar fidyah secara atas talian menggunakan website Tabung Baitumal Sarawak. Peserta dikehendaki mengisi data seperti nombor telefon, email dan jumlah bayaran yang hendak dibayar. Selepas itu, peserta memilih bank yang digunakan untuk membayar fidyah itu nanti.

Kelebihan kelas ini dapat memberi tunjuk ajar cara mengunakan aplikasi Tabung Baitumal Sarawak dengan lebih terperinci dan mudah difahami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali