Program Jangkauan Ilmu Literasi Untuk Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK)

23 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Program ini dibuat melibatkan seramai 31 orang peserta sahaja. Program ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Program ini bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM.

Program ini bertujuan bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan memberi latihan literasi untuk meningkatkan kemahiran literasi dan maklumat serta kesedaran dalam menangani jenayah siber yang semakin bermaharajalela kepada seluruh lapisan komuniti di negeri Sarawak amnya dan warga komuniti Kg Pasir Pandak khasnya. Turut terlibat dalam program ini juga adalah penyertaan daripada PEDi Kg Bako dan PEDi PPR Taman Dahlia. Program ini dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.

Kelebihan program ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan literasi digital dan. Peserta juga mendapat input mengenai kesedaran jenayah siber supaya lebih peka dan lebih berwaspada supya tidak terjerat dengan jenayah siber memandangkan modus operandi pelaku jenayah tersebut berfokuskan kepada warga kampung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali