Kelas Website Individu: Tatacara Menempah Tiket Penerbangan Dengan Menggunakan Laman Sesawang “Traveloka”

7 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 300PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara menempah tiket penerbangan dengan menggunakan laman sesawang “Traveloka”.Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya untuk melakukan perkara tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara menggunakan laman sesawang “Traveloka” dengan mudah dan cepat. Ini kerana laman sesawang tersebut dapat digunakan untuk membanding tambang syarikat penerbangan yang menawarkan paling rendah tanpa perlu membuka laman sesawang setiap syarikat penerbangan bagi tujuan perbandingan tersebut. Dengan menggunakan platform “Traveloka”, ini secara langsung dapat menjimatkan masa peserta dalam membuat tempahan tiket. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana apabila beliau ingin mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang, beliau dapat mempraktikkan ilmu yang telah diberikan kepadanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali