Kelas Website Individu: Tatacara Mencari Jawatan Kosong Dengan Menggunakan Laman Sesawang “Jobstock”

8 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 1200PM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mencari jawatan kosong atau pekerjaan dengan menggunakan laman sesawang “Jobstock”.Platform ini merupakan satu medium khas untuk seseorang mencari pekerjaan yang bekerja dalam negeri Sarawak sahaja. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya untuk melakukan perkara tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara menggunakan laman sesawang “Jobstock”dengan mudah dan cepat. Ini kerana laman sesawang tersebut memaklumkan kepada para pengguna berkenaan kekosongan jawatan yang diinginkan sesuai dengan padanan bidang yang diminati. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana apabila beliau ingin mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang, beliau dapat mempraktikkan ilmu yang telah diberikan kepadanya. “Jobstock” akan sentiasa mengemas kini kekosongan jawatan setiap masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali