Kenaikan skim gaji penjawat awam jadi keutamaan apabila pendapatan negara meningkat

7 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam situasi semasa, kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan dalam bulan ini namun beliau akan memberikan perkembangan positif mengenai negara pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada 9 Mac 2023 (Khamis) ini.

Anwar berkata berdasarkan pemerhatiannya didapati jentera penjawat awam di peringkat Persekutuan dan negeri dalam pengurusan banjir di Johor telah bertindak pantas, yang membuktikan kewibawaan golongan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana tanpa perlu menunggu arahan.

Anwar turut berharap momentum sama dikekalkan oleh penjawat awam bagi tujuan siap siaga sekiranya berlaku bencana banjir di Sarawak.

Beliau turut mengulangi peringatan kepada agensi pelaksana untuk menyegerakan projek rancangan tebatan banjir (RTB) tanpa perlu menunggu Belanjawan 2023 diluluskan.

Pada 20 Disember lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan khas (Bajet Mini) 2023 di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sumber: Utusan Sarawak Online , 6/3/2023.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali