Program Advokasi Klik Dengan Bijak

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Program ini dibuat melibatkan seramai 29 orang peserta sahaja. Program ini dilakukan di Masjid Al Falah, Tabuan Foochow. Program ini bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 1100AM. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada warga belia khasnya yang berkaitan kecelikan ICT dan internet. Program ini memfokuskan kepada isu-isu semasa seperti jenayah siber, maklumat palsu dan “oversharing” yang sering menghantui masyarakat khasnya anak-anak muda.

Program ini dianjurkan bersama-sama dengan Jawatankuasa Masjid Al Falah Tabuan Foochow, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi Kg Pasir Pandak dan PEDi Kg Bako. Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu dan maklumat mengenai kecelikan berkaitan dengan internet dan ICT. Ini penting agar perkara tidak diingini dapat dihindari dengan lebih awal dan tidak memakan diri peserta itu sendiri pada masa akan datang khasnya penipuan pelbagai sindiket seperti “Love Scam, Macau Scam” dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali