Thailand haramkan import sisa plastik mulai 2025
24 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Thailand akan menyekat import sisa plastik dan mengharamkan penghantaran bahan itu untuk industri kitar semula mulai 2025.Usaha itu bagi menghentikan perbuatan melambakkan 'sampah plastik' dari negara kaya, yang menjejaskan kesihatan rakyat dan mencemarkan udara dan serta air di Thailand.
Kerajaan Thailand, dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Kabinet, meluluskan dasar itudan mulai tahun ini, import sisa plastik dihadkan kepada 14 pengilang di zon perdagangan bebas Thailand yang menggunakan sisa itu sebagai bahan mentah. Katanya, aliran masuk akan dipotong separuh tahun depan walaupun pengecualian mungkin dibuat berdasarkan kes, sebelum dihentikan sama sekali pada 2025.Plastik yang memasuki program kitar semula di negara Barat selalunya dihantar oleh broker ke negara lebih miskin di mana ia memasuki ekosistem besar kitar semula dengan hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi.Barangan lain yang tidak dapat digunakan sering dibakar atau dibuang di tapak pelupusan sampah, sekali gus mencemari negara penerima.
Negara-negara di wilayah selatan menanggung beban pencemaran plastik sedunia, satu ancaman yang kini secara langsung mengancam kehidupan marin dan sistem makanan serta air.China mula mengharamkan import sisa plastik pada 2018 manakala Thailand menjana kira-kira dua juta tan metrik sisa plastik setiap tahun, yang mana hanya kira-kira satu perempat daripadanya dikitar semula, menurut kerajaan.Kebanyakan barangan plastik di Thailand hanya digunakan sekali saja.
Sumber: Berita Harian Online, 23/2/2023
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: