Hari Sukan Negara Bersama Komuniti Kg Pasir Pandak
11 Oktoberr2015 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Oktober 2015, Sabtu. Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pasir Pandak telah mengadakan Hari Sukan Malaysia bersama komuniti Kg Pasir Pandak yang telah dihadiri oleh beberapa golongan kanak-kanak, remaja dan warga tua. Aktiviti yang telah dijalankan telah diketuai oleh Encik Abu bakar iaitu bekas askar dengan senaman ringan dan poco-poco. Aktiviti ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup bagi meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN , meningkatkan PENGETAHUAN dan memberi PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat didalam pembangunan sukan negara. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga boleh menyihatkan imunisasi dan tenaga pada diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: