Kelas Langkah-Langkah Untuk Menyelamatkan Kata Kunci Untuk Gmail & KDB TALK
19 September2015 | Aktiviti Terkini
Pada 18 September 2015, Jumaat. Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pasir Pandak mengadakan kelas langkah-langkah untuk menyelamatkan kata kunci untuk gmail dan KDB TALK. Bukan itu sahaja peserta juga ditekankan cara untuk memasukan kata kunci yang kuat dan boleh diingat. Langkah-langkah ini juga diteruskan lagi dengan menyelamatkan gmail jika terlupa kata kunci. Kelas ini telah dihadiri beberapa pelajar sekolah menengah yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui cara-cara untuk menyelamatkan kata kunci gmail yang lupa. Kelas ini bertujuan untuk memulih dan mengingat kembali gmail yang telah lupa kata kunci dan bukan itu sahaja kelas ini juga boleh mengingatkan tentang keselamatan untuk menyimpan kata kunci dengan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: